Bawang kurang pedihkan mata mula dijual di Australia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SYDNEY - Pasar raya Woolworths di Australia mengumumkan pada Isnin, bekalan pertama varieti bawang yang tidak memedihkan mata akan mula dijual di kedai di seluruh New South Wales, Victoria dan Australian Capital Territory dari Rabu hingga September.

"Bawang yang unik itu sesuai seperti namanya, bawang yang mungkin membuatkan anda kurang mengalirkan air mata ketika anda memotongnya," menurut Woolworths dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, bawang itu mengandungi hanya sedikit bahan kimia dan enzim semula jadi juga dikenali sebagai sebatian yang mudah meruap, yang menyebabkan mata berair dan kerengsaan.

Di samping itu, sebatian itu akan semakin berkurangan selepas ia dituai, berbanding dengan bawang biasa yang sebatiannya meningkat dari semasa ke semasa.

Menurut Woolworth, tanaman bawang yang tidak memedihkan mata itu telah dibangunkan selama beberapa dekad menggunakan kaedah semula jadi, termasuk pembiakan kacukan varieti bawang sedia ada, menyebabkan rasanya kurang "kuat” dan lebih manis sedikit berbanding bawang biasa. - Bernama