Tiga kes bunuh di Seattle AS dalam masa kurang 12 jam

Ratusan pegawai polis dikerahkan ke lokasi kejadian - AFP
Ratusan pegawai polis dikerahkan ke lokasi kejadian - AFP
A
A
A

SAN FRANCISCO - Tiga kejadian bunuh membabitkan keganasan senjata api berlaku dalam tempoh kurang 12 jam di Seattle, Washington di AS, menurut polis pada Sabtu, lapor Xinhua.

Kejadian pertama berlaku selepas 11:30 malam waktu tempatan (0630 GMT Sabtu) pada Jumaat. Polis menemukan seorang lelaki mati di luar sebuah pusat perniagaan di Sodo.

Tembakan kedua berlaku pada awal pagi Sabtu di Leschi, di tepi Tasik Washington. Seorang wanita berusia 39 tahun ditemukan mati di sebuah rumah di sepanjang Lakeside Avenue South, menurut polis.

Polis Seattle bertindak balas terhadap satu lagi insiden tembakan maut pagi Sabtu di kawasan kejiranan Sodo.

Ketua Polis Seattle, Adrian Diaz berkata, ratusan pegawai akan dikerahkan ke lokasi kejadian.