Kuota pendidikan Melayu, bumiputera diperuntuk dalam perlembagaan

Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Kok Seong
Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Kok Seong
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sistem kuota untuk etnik Melayu dan kaum bumiputera dalam pendidikan adalah sebahagian daripada tindakan afirmatif negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Emeritus, Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, tindakan afirmatif ini juga wujud di banyak negara dan ia penting bagi memastikan demografik sesebuah negara itu diwakili pada segenap peringkat.

Kok Seong berkata, Malaysia yang tidak terkecuali didapati melaksanakannya dengan adil, yakni tidak sesekali mengetepikan peluang kelompok bukan Melayu dan bumiputera, antaranya dapat dilihat kepada pelbagai pilihan yang tersedia dalam bidang pendidikan negara untuk anak bangsa memajukan diri termasuk Skim Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Sistem kuota dalam bidang pendidikan dan lain-lain ini sebenarnya adalah tindakan positif. Ini kerana selain dapat membantu kelompok yang ketinggalan, ia juga merupakan pemangkin kepada perpaduan negara dan integrasi nasional.