Sila log masuk terlebih dahulu.

Mag'Igal tuai pingat perak untuk Ahmad Mikhail

09 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 9 JULAI 2023

Usaha mengangkat martabat Bajau Suluk Sabah ke peringkat antarabangsa menerusi tarian Mag'Igal berbaloi apabila penari remaja, Ahmad Mikhail Damsal Abdul Hakim berjaya merangkul pingat perak dalam pertandingan tarian Dance World Cup (DWC) 2023 di Braga, Portugal pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Ahmad Mikhail berkata, penat lelahnya selama dua bulan berlatih dan mendalami tarian itu untuk dipersembahkan ke pentas dunia akhirnya terbalas apabila berjaya membawa pulang pingat dan sijil untuk Malaysia khususnya Sabah.

Menurutnya, ini kali kedua dia menyertai pertandingan tarian DWC namun tidak menyangka persembahan secara solo Kategori Kebangsaan dan Cerita Rakyat itu berjaya menambat hati juri sekali gus menewaskan 39 peserta daripada negara lain.

Ahmad Mikhail menjelaskan, bagi pertandingan kali ini dia mempersembahkan tarian yang menggambarkan watak Pahlawan Putera Laut menari gerakan burung helang laut.

Artikel: https://go.sinar.la/3D2NPv8

Muzik: www.bensound.com