Pelajar maut motosikal langgar kereta

Lokasi kemalangan yang meragut nyawa pelajar di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Rangin pada awal pagi Ahad.
Lokasi kemalangan yang meragut nyawa pelajar di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Rangin pada awal pagi Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pelajar maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Rangin di sini pada awal pagi Ahad.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Nur Amirullah Jamaluddin, 14, beralamat dari Perumahan Bukit Rangin di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta merupakan lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pengurus projek tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika motosikal jenis Honda Dash 125 ditunggang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin itu dipercayai dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Bukit Rangin menghala ke Gambang.

Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Rangin pada awal pagi Ahad.
Keadaan motosikal ditunggang mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Rangin pada awal pagi Ahad.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelum melanggar kereta jenis BMW terlibat.

"Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.