Bomba kenal pasti 93 kawasan berisiko kepala air

Akmal Nasrullah (tiga dari kanan) bersalaman bersama para anggota bomba pada perasmian Majlis Tamat Latihan Kursus Sains Kebombaan Siri 1/2023 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, hari ini.
Turut hadir, Abdul Wahab (dua dari kiri). Foto Bernama
Akmal Nasrullah (tiga dari kanan) bersalaman bersama para anggota bomba pada perasmian Majlis Tamat Latihan Kursus Sains Kebombaan Siri 1/2023 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, hari ini. Turut hadir, Abdul Wahab (dua dari kiri). Foto Bernama
A
A
A

MARANG - [DIKEMAS KINI] Sebanyak 93 lokasi rekreasi air terjun dan sungai di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlakunya fenomena kepala air susulan kejadian terbaru mengorbankan 10 orang di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu, minggu lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasarullah Mohd Nasir, berkata, selain kawasan air terjun, sungai dan pantai juga menjadi lokasi pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata, antara langkah yang diambil bagi mengurangkan risiko kematian akibat lemas di kawasan terbabit ialah melalui pelbagai program kesedaran keselamatan dan kewujudan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Safety Water and Rescue Team (SWART).

Akmal Nasrullah. Foto Bernama
Akmal Nasrullah. Foto Bernama

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2023 di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, di sini hari, ini.

Hadir sama Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

Seramai 142 anggota baharu menerima sijil masing-masing selepas menamatkan latihan selama lima bulan bermula 1 Februari lalu. - Bernama