Rumah terbakar, lelaki ditemui rentung

Anggota bomba memadam kebakaran yang berlaku di Kampung Seri Puchong pada awal pagi ini. Kejadian kebakaran di Kampung Seri Puchong mengakibatkan seorang lelaki ditemui rentung pada Sabtu.
Anggota bomba memadam kebakaran yang berlaku di Kampung Seri Puchong pada awal pagi ini. Kejadian kebakaran di Kampung Seri Puchong mengakibatkan seorang lelaki ditemui rentung pada Sabtu.
A
A
A

PUCHONG - Seorang lelaki maut dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Seri Puchong, dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Bomba Negeri (PBN) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.30 pagi dan tiba di lokasi 10 minit selepas itu.

Beliau berkata, kejadian melibatkan sebuah rumah dua pintu di atas tanah lot yang terbakar 90 peratus.

Bagaimanapun kata beliau, api berjaya dikawal jam 3.11 pagi oleh pihak bomba.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 37 tahun ditemui rentung.

"Proses untuk mengambil mayat dilakukan dan dihantar ke hospital untuk proses selanjutnya," ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.