Sila log masuk terlebih dahulu.

Makmal dadah dalam gudang diserbu, dua beradik antara ditahan

07 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 7 JULAI 2023

Polis menumpaskan sindiket pemprosesan dadah yang didalangi dua beradik dalam serbuan di sebuah gudang di Jelapang, Ipoh, pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Serbuan sekitar jam 3 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu merampas dadah bernilai RM672,649.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, antara dadah dirampas adalah methamphetamine seberat 155 gram, heroin (52.3 gram) dan cecair disyaki methamphetamine (47.58 liter).

Artikel: https://go.sinar.la/3D11Ppd

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian