Sila log masuk terlebih dahulu.

Kanak-kanak 9 tahun maut dicekik abang, ibu saksi melalui CCTV

06 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

MOJO LIVE 6 JULAI 2023

Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dipercayai dicekik oleh abang sulungnya berusia 14 tahun dalam kejadian jam 12 tengah hari di Kampung Bukit Piatu, Melaka pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Jiran mangsa yang juga saksi kejadian, Qhurun Ain Johani berkata, dia mengetahui insiden itu apabila dihubungi ibu mangsa yang memaklumkan anak sulung dari empat beradik itu sedang mencekik adiknya.

Menurutnya, ibu mangsa menyedari insiden terbabit selepas melihatnya di telefon bimbit melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam rumah sewa mereka.

Artikel: https://go.sinar.la/3CYRtGr

Muzik: www.bensound.com