Tiga maut, lapan cedera insiden tembakan di Texas

Insiden tembakan berlaku semasa perhimpunan tahunan yang dikenali sebagai 'ComoFest'.
Insiden tembakan berlaku semasa perhimpunan tahunan yang dikenali sebagai 'ComoFest'.
A
A
A

HOUSTON - Sekurang-kurangnya tiga maut manakala lapan lagi cedera dalam kejadian tembakan pada malam Isnin di pusat bandar Fort Worth, Texas, Jabatan Polis Fort Worth pada Selasa.

Insiden tembakan berlaku semasa perhimpunan tahunan yang dikenali sebagai 'ComoFest', lapor Xinhua.

"Pertunjukan bunga api sedang berlangsung, orang ramai cuba melarikan diri dari kawasan itu, jadi sukar bagi pegawai kami untuk mengawal keadaan," kata jurucakap Jabatan Polis Fort Worth, Kapten Shawn Murray pada sidang akhbar.

Tiada penahanan dibuat setakat pagi Selasa dan motif serangan masih belum diketahui. - Bernama- Xinhua