Sila log masuk terlebih dahulu.

Terengganu aktifkan jawatankuasa keselamatan pelancong

03 Julai 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 23 JUN 2023

Kerajaan negeri akan mengaktifkan jawatankuasa keselamatan pelancong susulan tragedi kepala air yang menimpa 10 mangsa di Jeram Air Putih, Air Putih di Kemaman pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, langkah itu perlu segera diambil bagi memastikan pengunjung yang datang ke Terengganu lebih peka terhadap isu berkaitan keselamatan.

Menurutnya, langkah keselamatan seperti memasang papan tanda amaran perlu diberi tumpuan di kawasan perkelahan dan rekreasi yang berisiko berlaku kejadian kepala air.

Beliau berkata demikian selepas melawat keluarga dan bertemu bapa mangsa, Eiyi Johari, 60, di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, pada Isnin.

Artikel: https://go.sinar.la/3XzNtFS

Muzik: www.bensound.com