Squid Game 2: Jung Jae terima bayaran tertinggi RM60 juta

Jung Jae
Jung Jae
A
A
A

PELAKON yang melonjak naik menerusi siri popular, Squid Game iaitu Lee Jung Jae dilaporkan meminta bayaran sebanyak AS$1 juta atau sekitar RM4.6 juta untuk setiap episod Squid Games musim kedua.

Allkpop melaporkan pihak penerbit drama bersiri popular itu, Netflix bersetuju dengan permintaan tersebut sekali gus menjadikan Jung Jae aktor dari Korea Selatan dengan bayaran tertinggi.

Pelakon itu bakal menerima bayaran berjumlah AS$13 juta (RM60 juta) untuk 13 episod Squid Game 2 yang bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi.

Sebelum ini menerusi siri pertamanya, Jung Jae telah membawa kejayaan besar apabila siri itu popular di seluruh dunia mencatat keuntungan lebih RM4.1 bilion (AS$900 juta).

Ia menjadikan Squid Game siri paling banyak ditonton di platform penstriman Netflix hanya selepas 28 hari ditayangkan pada 2021.

Dalam musim kedua ini, Jung Jae akan memainkan semula wataknya sebagai Seong Gi Hun bersama barisan pelakon termasuk Im Si Wan, Kang Ha Neul, Park Sung Hoon dan anggota kumpulan Big Bang, T.O.P.

Bagaimanapun agensi pengurusan Jung Jae menafikan aktor berusia 50 tahun itu mempunyai kaitan dengan penglibatan T.O.P dalam siri musim kedua.