Pemuda punya berat badan 10kg akan diberi bantuan bersesuaian

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mengenai keadaan seorang lelaki berusia 21 tahun tetapi mempunyai berat badan seperti kanak-kanak akibat penyakit saraf dihadapi yang dikatakan bermula selepas terjatuh tangga di sekolah ketika berusia 12 tahun.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan mengenai keadaan seorang lelaki berusia 21 tahun tetapi mempunyai berat badan seperti kanak-kanak akibat penyakit saraf dihadapi yang dikatakan bermula selepas terjatuh tangga di sekolah ketika berusia 12 tahun.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pemuda berusia 21 tahun yang menghidap penyakit saraf dengan memiliki berat hanya 10 kilogram di Terengganu akan menerima bantuan bersesuaian, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau dalam kenyataan pada Isnin berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi menyalurkan bantuan kepada Muhammad Hafizuddin Ismail untuk meringankan beban keluarga pemuda itu.

Mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang menyampaikan maklumat kepada kementerian dan kerajaan berkenaan pelbagai isu masyarakat yang perlu diberi perhatian segera, Nancy berkata, JKM telah menyantuni Muhammad Hafizuddin dan keluarganya di rumah mereka pada 20 Jun lepas.

"KPWKM mengalu-alukan maklumat daripada semua lapisan masyarakat agar setiap kumpulan sasar kementerian dapat dibela dan seterusnya disantuni segera untuk kita bersama membangun Malaysia Madani,” katanya.

Menurut Nancy, Muhammad Hafizuddin juga adalah merupakan penerima bantuan orang kurang upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sejak November 2020.

Media sebelum ini melaporkan mengenai keadaan seorang lelaki berusia 21 tahun tetapi mempunyai berat badan seperti kanak-kanak akibat penyakit saraf dihadapi yang dikatakan bermula selepas terjatuh tangga di sekolah ketika berusia 12 tahun.

Orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih di talian 15999 dan nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) bagi melapor dan menyalurkan maklumat berkenaan kanak-kanak, warga emas serta komuniti yang memerlukan bantuan. - Bernama