BN dapat kerusi PRN lebih daripada sepatutnya

Jumlah 45 peratus kerusi PRN yang diagihkan Pakatan Harapan (PH) kepada BN adalah jauh lebih tinggi daripada kadar peratusan kemenangan BN di kerusi Parlimen dan tujuh DUN pada PRU15.
Jumlah 45 peratus kerusi PRN yang diagihkan Pakatan Harapan (PH) kepada BN adalah jauh lebih tinggi daripada kadar peratusan kemenangan BN di kerusi Parlimen dan tujuh DUN pada PRU15.
A
A
A

BIARPUN Barisan Nasional (BN) sekadar bertanding 45 peratus daripada keseluruhan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti, namun ia jauh lebih banyak diterima koalisi itu berbanding angka sepatutnya.

Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia, Anis Anwar Suhaimi menjelaskan, jumlah 45 peratus kerusi PRN yang diagihkan Pakatan Harapan (PH) kepada BN adalah jauh lebih tinggi daripada kadar peratusan kemenangan BN di kerusi Parlimen dan tujuh DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan statistik data PRU15 dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Anis Anwar mendedahkan jumlah peratusan kadar kemenangan BN pada 222 kerusi Parlimen PRU15 sekitar 23.4 peratus, manakala peratusan kerusi DUN di tujuh negeri di mana dua daripadanya berjaya membentuk kerajaan, adalah 38.75 peratus di Pahang dan 20.38 peratus di Perak.

Baca berita penuh di Sinar Premium.