Sila log masuk terlebih dahulu.

Remaja maut disambar petir selamat dikebumikan

A
A
A
BERITA SEMASA 30 JUN 2023

Remaja lelaki yang maut akibat dipanah petir pada pagi Jumaat, Allahyarham Muhammad Zaihan Jasni, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam (tinggi), Kampung Ladang, Iskandar Puteri, pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Remaja berusia 17 tahun itu dipanah petir ketika mengangkat jaring yang digunakan bagi tujuan menjala ketam berhampiran Pulau Merambong.

Sementara itu, Allahyarham juga dikatakan agak banyak mendiamkan diri dalam sehari dua ini berbanding hari-hari biasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/265977/edisi/johor/arwah-tidak-banyak-bercakap-seperti-biasa

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian