Suspek serangan Capitol diberkas berhampiran kediaman Obama

Suspek dikenali Taylor Taranto, 37, memiliki senjata dan bahan membuat bom ketika dia ditahan pada Khamis. (Gambar hiasan)
Suspek dikenali Taylor Taranto, 37, memiliki senjata dan bahan membuat bom ketika dia ditahan pada Khamis. (Gambar hiasan)
A
A
A

WASHINGTON - Seorang lelaki bersenjata dan dikehendaki polis bersabit serangan Capitol Amerika Syarikat pada 6 Januari lalu ditahan selepas kehadirannya disedari di sekitar kediaman Barack Obama di Washington DC, lapor agensi berita Jerman (dpa).

CBS News melaporkan bahawa suspek dikenali Taylor Taranto, 37, memiliki senjata dan bahan membuat bom ketika dia ditahan pada Khamis.

Alat letupan itu dilaporkan setanding dengan ‘molotov cocktail’, walaupun ia belum dipasang.

Lelaki Seattle itu sebelum ini dilaporkan mengugut seorang tokoh masyarakat yang tidak dinyatakan oleh pegawai penguatkuasa undang-undang.

Ejen Perkhidmatan Rahsia bertindak mengejar Taranto sebaik melihat kelibatnya di sekitar kediaman bekas presiden itu.

NBC News menggambarkan Taranto sebagai penyokong Donald Trump yang merancang konspirasi dan pernah menyerbu Capitol AS pada 6 Januari.

Suspek dilaporkan tinggal di dalam sebuah van berhampiran penjara DC.

Kenderaan yang mengandungi pelbagai senjata itu ditemui berhampiran lokasi dia ditangkap. - Bernama-dpa