Kumpulan bersenjata culik 14 pegawai polis di Mexico

Pihak berkuasa berusaha menjejaki lokasi 14 anggota jabatan polis yang diculik di jalan antara Ocozocoaulta dan Tuxtla Gutierrez pada Selasa. - AFP
Pihak berkuasa berusaha menjejaki lokasi 14 anggota jabatan polis yang diculik di jalan antara Ocozocoaulta dan Tuxtla Gutierrez pada Selasa. - AFP
A
A
A

MEXICO CITY - Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Awam Chiapas pada Rabu mendedahkan bahawa bas yang membawa 14 pegawainya dihalang kumpulan bersenjata.

"Kementerian keselamatan dan perlindungan awam negeri bekerjasama dengan anggota persekutuan untuk menjejaki lokasi 14 anggota jabatan polis yang diculik di jalan antara Ocozocoaulta dan Tuxtla Gutierrez pada Selasa, 27 Jun," Sputnik memetik kenyataan kementerian itu di media sosial.

Jabatan itu juga turut mendedahkan video yang menunjukkan dua kenderaan bertindak menghalang laluan bas itu sambil penyerangnya mengacu senjata. - Bernama-Sputnik