PRN: Muda anjur 'town hall' perjelas sebab bergerak solo

Syed Saddiq
Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan menganjurkan program Townhall secara dalam talian pada malam ini bagi menerangkan matlamat mereka kepada orang ramai sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Insya-ALLAH malam ini saya akan kongsikan kenapa Muda di PRN dan apa haluan Muda,” kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Beliau pada hari yang sama mengumumkan bahawa partinya itu akan ‘bertarung’ secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Jelasnya, keputusan itu dibuat memandangkan situasi dua blok politik utama di negara yang dilihat tidak mencukupi buat rakyat.

Syed Saddiq turut menegaskan dalam pengumuman tersebut bahawa kemasukan Muda secara solo dalam pilihan raya tersebut tidak sepatutnya disulami dengan sentimen atau persoalan negatif seperti ‘pecah undi’.

Jelasnya, penyertaan parti tersebut hakikatnya keadaan semasa politik nasional yang tidak menepati kehendak rakyat.