Kuasa, hak keistimewaan 'Inspektor Sheila' digantung

Inspektor Percubaan S Sheila Sharon. - Foto Bernama
Inspektor Percubaan S Sheila Sharon. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perintah tahan kerja terhadap pegawai polis wanita Inspektor Percubaan S Sheila Sharon.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 telah disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.

"Sehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek (Sheila) sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Azri Ahmad
Azri Ahmad

Pada Isnin, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Pegawai polis wanita yang tular dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' didakwa atas tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 35 tahun itu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Kau lans koperal tak layak cakap dengan aku'

Inspektor Shiela buat hal lagi

'Inspektor Shiela' ditahan kerja, lapan kertas siasatan dibuka

Inspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan