Sila log masuk terlebih dahulu.

Badan Pengelola Haji Thailand pelajari cara TH urus jemaah

A
A
A
BERITA SEMASA 25 JUN 2023

Badan Pengelola Haji Thailand berminat dengan strategi dan pengalaman Tabung Haji (TH) dalam pengurusan jemaah memandangkan negara berkenaan masih ketinggalan dari aspek itu, lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria.

Ketua Rombongan Haji Thailand, Dr Zakee Abdulaziz Pitakkumpun berkata, seperti semua sedia maklum, umat Islam di Thailand adalah minoriti dan badan yang menguruskan jemaah haji di negara berkenaan perlu bergerak atas kaki sendiri.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, hubungan baik di antara kedua-dua negara telah lama terjalin dan setiap tahun diadakan perjumpaan di Makkah, Malaysia dan Thailand bagi bertukar pandangan, pengalaman dalam urusan haji kedua-dua negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/264384

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian