Pengundi Selangor tidak tertarik dengan PN - Mohammad Agus

Mohammad Agus
Mohammad Agus
A
A
A

SHAH ALAM - Pengundi Selangor didakwa sudah tidak tertarik untuk mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang kerana enggan kemunduran berlaku seperti rekod di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, antara faktor lain adalah pengundi menolak ekstremisme dan politik ketaksuban serta tidak boleh lagi diracuni dengan sentimen Melayu-Islam.

"Jika PN masih mengharapkan kepada gelombang hijau untuk menang, mereka perlu sedar bahawa ia telah susut teruk.

"Pengundi Selangor sedar negeri mereka merupakan kubu terpenting Kerajaan Perpaduan yang perlu dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Menurut Mohamad Agus, rakyat Selangor sedar bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari adalah pemimpin yang baik dan cemerlang.

“Mereka sedar pemimpin yang mempunyai rekod baik dan cemerlang mentadbir Selangor ialah Amiruddin, MB sekarang tiada korupsi, seleweng, atau salah guna kuasa yang merugikan negeri.

“Bagi pengundi Selangor, pesan saya satu, mari kita bersatu hati dalam PRN ini untuk memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan. Inilah kerajaan yang dapat membawa kestabilan dan kemakmuran kepada masa depan negara,” ujarnya.

Mengulas dakwaan keyakinan PN memenangi 33 kerusi DUN Selangor yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu kerana telah berjaya memenangi enam kerusi Parlimen Melayu di Selangor dalam PRU ke-15 yang lalu selain yakin pengundi Cina sudah beralih kepada parti berkenaan.

Beliau menjelaskan, PN sehingga kini tidak memahami budaya politik orang Cina.

“Jika pun mereka menolak PH-BN, mereka lebih sanggup tidak keluar mengundi daripada mengundi PN,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini