Dua premis judi dalam talian diserbu, 13 warga asing ditahan

Antara individu ditahan dalam serbuan di salah sebuah premis di Jalan Kuchai Lama pada Jumaat.
Antara individu ditahan dalam serbuan di salah sebuah premis di Jalan Kuchai Lama pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 13 individu termasuk lima wanita ditahan secara berasingan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mengurus dan mempromosikan perjudian dalam talian di Jalan Kuchai Lama di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Amihizam Abdul Shukor berkata, sepasukan anggota dan pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Brickfields telah membuat serbuan secara berasingan di dua buah premis perjudian.

"Serbuan pertama pada jam 4 petang, kita menahan empat individu warga asing termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 32 tahun.

"Serbuan kedua dilaksanakan 45 kemudian, kita memahan seramai sembilan individu termasuk dua wanita berusia 21 hingga 36 tahun.

"Kita merampas 14 telefon bimbit, lima set komputer dan komputer riba, dua router dan sebuah router dalam kedua-dua serbuan itu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Amihizam berkata, kesemua individu itu disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Kedua-dua premis ini disyaki terlibat dalam mengurus dan mempromosikan aktiviti perjudian dan analisa pakar judi ke atas barangan rampasan mendapati wujud aktiviti yang disyaki berkaitan perjudian dalam talian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.