Nampak kematangan, keyakinan Malaysian Tigers

Para pemain Malaysia dan Korea Selatan sebelum aksi persahabatan di di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon. - Foto Malaysian Hockey Confederation
Para pemain Malaysia dan Korea Selatan sebelum aksi persahabatan di di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon. - Foto Malaysian Hockey Confederation
A
A
A

SKUAD hoki lelaki negara mempamerkan kematangan apabila memulakan kempen siri jelajah persahabatan dengan keputusan seri 2-2 menentang Korea Selatan di Pusat Latihan Jingcheon, Incheon.

"Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan persembahan pemain. Mereka ambil peluang sepenuhnya selain berhasil menangani perlawanan dengan baik biarpun kita menerapkan sistem permainan baharu.

"Nampak kematangan daripada segi keyakinan pemain untuk melakukan tekanan kepada pihak lawan," kata Arul Selvaraj menerusi pautan video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Anak buah Arul Selvaraj terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi jaringan padang Muhammad Firhan Ashaari.

Muhammad Firhan sekali lagi menghasilkan gol buat skuad negara yang kini menghuni ranking ke-10 dunia menerusi jaringan padang pada minit ke-19.

Bagaimanapun Korea Selatan bangkit merapatkan jurang menerusi pukulan sudut penalti selang tiga minit.

Tuan rummah kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-29 melalui pukulan penalti, sebelum kedua-dua pasukan mengharungi perlawanan tanpa sebarang jaringan.

Sebagai rekod, aksi persahabatan itu merupakan satu daripada empat perlawanan diatur buat Malaysian Tigers sebagai persediaan menghadapi saingan Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Chennai, India pada 3 hingga 12 Ogos ini.

Skuad negara akan melengkapkan tiga lagi pertemuan bertemu pasukan di ranking kesembilan dunia itu pada pada 23, 25 dan 27 Jun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!