Pengajar selam skuba wanita

A
A
A
Nur Sabrina Mohmad Fuad, 25, tidak menjadikan bertubuh kecil dengan ketinggian 157 sentimeter sebagai penghalang untuk bergelar pengajar selam skuba.

Gadis berhijab berasal dari Perak itu mula menjadi pengajar selam skuba pada 2017 ketika berusia 19 tahun iaitu selepas memperoleh lesen menyelam peringkat Divemaster.

Beliau meminati kerjaya itu yang lazimnya didominasi kaum Adam dan warga asing kerana mahu membuktikan wanita Melayu dan yang berhijab mampu menggalas kerjaya seperti itu.