Agong, Permaisuri berangkat tunai haji

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji di Istana Negara pada Rabu. - Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.

Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua yang diadakan di Istana Negara dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pada majlis itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah memimpin bacaan doa, disusuli laungan azan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Istana Negara, Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersalaman bersama kakitangan Istana Negara sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji di Istana Negara hari ini.

Sebelum berangkat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersalaman bersama kakitangan Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong juga sempat berpesan kepada Perdana Menteri untuk menjaga negara.

Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci dari 21 Jun hingga 2 Julai.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji di Istana Negara hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.

Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. - Bernama