Kuwait tubuhkan kerajaan baharu

Sheikh Ahmad Al-Fahad - Foto AP
Sheikh Ahmad Al-Fahad - Foto AP
A
A
A

BANDARAYA KUWAIT - Kerajaan baharu Kuwait yang diketuai Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah telah ditubuhkan pada Ahad, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kuwait (KUNA).

Kerajaan baharu yang mempunyai 15 menteri termasuk lima muka baharu itu merupakan kerajaan kelima yang dibentuk oleh beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 Julai 2022.

Pembentukan kerajaan baharu itu turut menyaksikan kembalinya Sheikh Ahmad Al-Fahad Al-Ahmad Al-Sabah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, manakala Sheikh Talal Khaled Al-Ahmad Al-Sabah kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri I dan Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah kekal berkhidmat sebagai Menteri Luar.

Pada 7 Jun, kerajaan Kuwait yang sebelum ini telah meletakan jawatan, menurut KUNA.

Kemudian pada 13 Jun dekri diraja dikeluarkan untuk melantik semula Sheikh Ahmad Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah sebagai perdana menteri. - Bernama-Xinhua