Sila log masuk terlebih dahulu.

Mangsa nahas sering sebut mahu pergi sungguh-sungguh

A
A
A
BERITA SEMASA 19 JUN 2023

Mangsa nahas di Kilometer 267.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) menunjukkan perubahan dan sering menyebut 'nok gi terlajok' (mahu pergi sungguh-sungguh). lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Perkara itu diakui ibu kepada Allahyarham Mohd Riduan Mohd Yaacob iaitu, Zawiyah Abdul Kadir, 63 tahun.

Katanya, ungkapan itu sering disebut arwah anaknya ketika kali terakhir mereka bertemu hujung bulan lalu di rumahnya di Besut.

Sebelum ini, jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan itu disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Pekuburan Islam Kampung Sekati, Manir, di Kuala Terengganu pada Ahad malam.

Jenazah Allahyarham Zahidah Hanisah Mohamad bersama suaminya, Mohd Riduan masing-masing berusia 35 tahun serta seorang anak mereka, Raudhatul Khayra, 3 tahun dikebumikan kira-kira jam 7.30 malam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/264133/edisi/terengganu/jenazah-tiga-beranak-nahas-di-lpt2-dikebumi-satu-liang-lahad