Piala Asia: Cabaran Harimau Muda B-17 berakhir

Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Thailand di Stadium Pathum Thani, pada Ahad. Foto: Football Association of Malaysia
Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Thailand di Stadium Pathum Thani, pada Ahad. Foto: Football Association of Malaysia
A
A
A

SKUAD Bawah 17 tahun (B-17) negara mengakhiri cabaran Piala Asia B-17 lebih awal selepas dijinakkan Thailand 3-0 pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Pathum Thani, pada Ahad.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut itu anak buah Osmera Omaro selepas dibelasah Yemen, 4-0 dalam perlawanan pembukaan pada 15 Jun lalu.

Kekalahan yang menyaksikan skuad Harimau Muda B-17 dibolosi tujuh gol dalam dua perlawanan menyebabkan mereka terpaksa melupakan impian untuk melangkah ke suku akhir.

Gol pasukan Thailand dalam perlawanan itu dijaringkan Pacharaphol Lekkun minit ke-47 manakala dua lagi gol dijelmakan Chanothai Kongmeng pada minit ke-54 dan 78.

Harimau Muda B-17 negara akan melengkapkan jadual kumpulan berdepan Laos pada Rabu.

Kedudukan Kumpulan A
Kedudukan Kumpulan A