Indonesia tangguh sementara polisi tanpa visa 159 negara

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

ANKARA - Indonesia menggantung polisi lawatan tanpa visa ke atas 159 negara susulan kebimbangan mengenai "gangguan ketertiban awam dan potensi penularan penyakit," lapor Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.

Perintah untuk menangguhkan polisi lawatan tanpa visa (BVK) telah dikeluarkan oleh Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, lapor media tempatan berbahasa Inggeris, Bali Times.

Menurut kementerian, keputusan ini bertujuan untuk menangani kebimbangan berkaitan gangguan ketertiban awam dan penularan penyakit dari negara-negara yang tidak mendapat sijil bebas penyakit yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pada masa ini, hanya 10 negara ASEAN, iaitu Brunei, Filipina, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam terkecuali dari peraturan itu.

Pengunjung dari negara-negara ini boleh tinggal di Indonesia sehingga 30 hari dengan pasport dan tiket perlepasan yang disahkan. - Bernama