Azizulhasni sambar emas ke-12

Azizulhasni tampil memukau apabila meraih emas acara keirin ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi. - Foto Bernama
Azizulhasni tampil memukau apabila meraih emas acara keirin ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi. - Foto Bernama
A
A
A

JAGOAN negara, Datuk Azizulhasni Awang ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas ke-12 peribadinya pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 sebentar tadi.

Tampil dalam saingan final acara kegemarannya, keirin di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan, Azizulhasni berjaya melintasi garisan penamat selaku 'sang juara'.

Azizulhasni yang meraih emas acara pecut individu pada Jumaat lalu, berjaya mengetepikan cabaran sengit daripada pelumba Jepun, Shinji Nakano.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang terlibat dengan insiden kemalangan di peringkat separuh akhir turut berada di podium apabila meraih pingat gangsa.