200 rider dapat servis motosikal percuma

Rider p-hailing bersiap sedia menunggu giliran masing-masing.
Rider p-hailing bersiap sedia menunggu giliran masing-masing.
A
A
A

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Seramai 200 orang rider p-hailing menerima manfaat servis motosikal percuma anjuran Persatuan Pengguna Komunikasi Media.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sungai Buloh, Aidi Amin Yazid berkata, program yang mendapat sokongan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh di bawah Masyarakat Prihatin Malaysia Madani antara lainnya mahu mengurangkan beban rakyat yang menjadi rider penghantar.

“Rider penghantaran merupakan wira yang tak didendang kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam rantaian ekonomi negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Aidi berkata, selain merapatkan silaturrahim, pihaknya turut mendengar keluh kesah dan isu berbangkit melibatkan rider penghantar.

“Mereka merupakan wira tak didendang dalam memastikan kemudahan dan keselesaan masyarakat terjamin dengan memberikan servis perkhidmatan oleh pelanggan masing-masing,” ujarnya.

Sebahagian daripada 200 rider p-hailing yang menerima manfaat servis motosikal percuma anjuran Persatuan Pengguna Komunikasi Media pada Sabtu.
Sebahagian daripada 200 rider p-hailing yang menerima manfaat servis motosikal percuma anjuran Persatuan Pengguna Komunikasi Media pada Sabtu.

Tambahnya lagi, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh sentiasa membuka peluang kepada kelab dan persatuan yang terdiri daripada anak muda untuk mengadakan program bermanfaat sebegini.

“Semangat kerjasama dan keprihatinan di kalangan masyarakat setempat wajar dipupuk bagi menjayakan misi Perdana Menteri DatukSeri Anwar Ibrahim dalam mewujudkan Malaysia Madani,” kata Aidi.