37 pelajar terbunuh, pengganas serang sekolah di Uganda

Pasukan Pertahanan Rakyat Uganda (UPDF) sedang giat memburu pemberontak. - Foto AP
Pasukan Pertahanan Rakyat Uganda (UPDF) sedang giat memburu pemberontak. - Foto AP
A
A
A

MOSCOW - Pasukan Pertahanan Rakyat Uganda (UPDF) sedang giat memburu pemberontak Allied Democratic Forces (ADF) di kawasan barat negara yang bersempadanan dengan Republik Demokratik Congo (DRC) selepas 37 orang pelajar terbunuh di negara itu, lapor Xinhua.

Pemberontak ADF dipercayai berundur ke Taman Negara Virunga di DRC, kata jurucakap tentera, Felix Kulayigye kepada Xinhua melalui telefon.

"Kami akan menangkap mereka di mana sahaja mereka berada, demi menyelamatkan nyawa pelajar yang diculik oleh pemberontak, kata Kulayigye.

Menurut laporan sebelum ini, serangan pengganas ke atas sebuah sekolah menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang meninggal dunia, menurut polis Uganda pada Sabtu.

"Malam tadi, pemberontak ADF telah menyerang sebuah sekolah menengah Lhubirira, di Mpondwe, yang terletak kira-kira 2 km [1.2 batu] dari sempadan DRC. Asrama telah dibakar dan stok makanan telah dirampas,” menurut ciapan polis.

Lapan lagi mangsa telah dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. - Bernama.