'Hanya Zii Jia sahaja yang tahu'

Keputusan Zii Zia untuk berehat sementara dari dunia badminton bukan sesuatu yang mengejutkan kepada yang bergelar pemain. - Gambar kecil: Roslin
Keputusan Zii Zia untuk berehat sementara dari dunia badminton bukan sesuatu yang mengejutkan kepada yang bergelar pemain. - Gambar kecil: Roslin
A
A
A

KEPUTUSAN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk berehat sementara dari dunia badminton bukan sesuatu yang mengejutkan kepada yang bergelar pemain.

Sebaliknya, bekas pemain badminton nombor satu dunia, Roslin Hashim menyifatkan tindakan pemain berusia 25 tahun itu sebagai tempoh tenang selepas mengharungi kejohanan yang padat.

“Sejujurnya pada saya tindakan Zii Jia bukan sesuatu yang salah atau tergesa-gesa sebaliknya demi kebaikan tubuh badan yang hanya dia sahaja yang mengetahuinya.

“Seseorang pemain itu perlu ada tempoh tenang yang dapat membantu memulihkan kembali kondisi badan sebagai persiapan meningkatkan semula keupayaan diri mengharungi kejohanan lebih besar.

“Sebenarnya keadaan ini tidak hanya kepada Zii Jia, tetapi juga kepada semua para pemain skuad kebangsaan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Zii Jia sebelum ini membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan mahu berehat sementara selepas tewas dalam Terbuka Indonesia pada Rabu.

Pada pusingan pertama, bekas juara Asia itu tewas kepada pemain India, Lakshya Sen 17-21, 13-21 pada aksi di Stadium Istora Gelora Bung Karno, Jakarta.

Sebagai rekod, Terbuka Indonesia kejohanan keempat Zii Jia sejak saingan Piala Sudirman bulan lalu selepas menyertai Malaysia Masters dan Terbuka Singapura.

Dalam masa sama Roslin sekali lagi menasihati para pemain badminton untuk lebih bijak memilih perlawanan tertentu pada masa depan.

Mengakui bahawa para pemain teruja untuk memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada ketika ini.

“Jika kita tengok semua masalah bermula dari Piala Sudirman tempoh hari. Kita sebagai manusia tidak boleh bandingkan keupayaan badan semua sama.

“Tapi kita kena fikir pada satu sudut lain yakni kondisi badan kita, saya bagi contoh kita percaya badan mampu mengharungi satu kejohanan ke satu kejohanan.

“Namun sebenarnya kita tidak mengetahui sebenarnya sedang memaksa mental sedang kepenatan sebenarnya secara psikologi mengganggu emosi, ini sebenarnya mengundang kepada prestasi tidak menentu seterusnya kecederaan pemain,” katanya.

KEJOHANAN SIRI JELAJAH BWF

Terbuka Taiwan

Super 300

20/25 Jun

Terbuka Kanada

Super 500

04/09 Julai

Terbuka Amerika Syarikat

Super 300

11/16 Julai

Terbuka Korea

Super 500

18/23 Julai

Terbuka Jepun

Super 750

25/30 Julai

Terbuka Australia

Super 500

1/6 Ogos

Terbuka China

Super 1000

5/10 September

Terbuka Hong Kong

Super 500

12/17 September

Terbuka Artic

Super 500

10/15 Oktober

Terbuka Denmark

Super 750

12/22 Oktober

Terbuka Perancis

Super 750

24/29 Oktober

Terbuka Hylo

Super 300

31/5 November

Korea Master

Super 300

07-12 November

Master Jepun

Super 500

14/19 November

China Masters

Super 750

21/26 November

Terbuka India

Super 300

28/03 Disember