PRN: Calon Pas bukan lagi majoriti orang agama

Datuk Mohd Amar Abdullah
Datuk Mohd Amar Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU - Pas mendedahkan calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bukan lagi majoriti orang agama sepertimana kebiasaan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini ramai yang beranggapan calon yang ditampilkan oleh parti itu adalah ustaz.

"Bagaimanapun, setiap masa kita sentiasa menambahkan jumlah-jumlah mereka daripada golongan bukan aliran agama untuk meningkatkan dari segi pentadbiran.

"Begitu juga calon-calon baharu yang akan bertanding, ramai daripada golongan profesional," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim pada Rabu.

Menurut beliau, PRN kali ini Pas membuat imbangan iaitu melibatkan golongan profesional dan agama bagi membentuk pentadbiran lebih mantap pada masa hadapan.