Sila log masuk terlebih dahulu.

'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof

A
A
A

MOJO LIVE 14 JUN 2023

[MOJO LIVE] Syamsul Yusof ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Ini bermakna, kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.

Semasa prosiding, mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, terhadap suaminya yang berusia 39 tahun, pada 16 Januari lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263369/berita/hiburan/saya-ceraikan-awak-puteri-sarah-talak-satu---syamsul-yusof