[VIDEO] Kelantan bubar DUN 22 Jun ini

Ahmad (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pada Rabu.
Ahmad (tengah) selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 22 Jun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah itu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas penggal DUN akan berakhir pada 27 Jun ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim pada Rabu.

Ahmad memberitahu, tarikh tersebut telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V selepas menghadap baginda.

"Mengikut undang-undang penggal DUN Kelantan yang ke-14 berakhir pada 27 Jun ini," ujarnya.

PRN kali ini menyaksikan 45 kerusi DUN Kelantan bakal direbut antara Pas dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14) lalu, Pas menang 37 kerusi manakala BN memperoleh lapan.

Bagaimanapun, satu kerusi milik BN jatuh ke tangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada UMNO.

Ahmad (kanan) selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pada Rabu.
Ahmad (kanan) selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pada Rabu.