Sila log masuk terlebih dahulu.

'Kalau ikhlas batalkan secara automatik'- Noh Omar

A
A
A

BERITA SEMASA 13 JUN 2023

Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar tidak akan marayu pemecatannya dari UMNO sebaliknya Majlis Kerja Tertinggi sepatutnya membatalkan keputusan pemecatan dan menerima kembali keahlian secara automatik.

Beliau berkata, tindakan pemecatan dan penggantungan yang dibuat adalah tidak sah kerana presiden tidak mengikut peraturan dan perlembangan parti.

Noh berkata demikian mengulas kenyataan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti bersifat terbuka atas saranan perwakilan untuk menerima kembali ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin sama ada dipecat ataupun digantung oleh parti.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa