PRN: Annuar Musa bantu Pas gempur enam negeri

Takiyuddin semasa sidang akhbar selepas ditemui di Ceramah Mega Gelombang Kebangkitan Rakyat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Ahad.
Takiyuddin semasa sidang akhbar selepas ditemui di Ceramah Mega Gelombang Kebangkitan Rakyat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas mengakui Tan Sri Annuar Musa sedia membantu parti itu menggempur enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Annuar sudah memberikan persetujuan untuk berceramah di kesemua negeri yang terlibat.

"Kita akan atur di tempat-tempat yang sesuai termasuklah di Kelantan," katanya semasa sidang akhbar selepas ditemui di Ceramah Mega Gelombang Kebangkitan Rakyat di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada Ahad.

Menurut beliau, kehadiran Annuar mampu memberikan suntikan kepada jentera dan ahli parti menjelang PRN.

Media sebelum ini melaporkan, Annuar sah menjadi ahli Pas selepas borangnya telah diterima oleh parti berkenaan.

Kehadiran bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut menyaksikan Pas turut menerima 3,000 ahli baharu.