Pelajar terkejut temui kepala tikus dalam makanan di kafeteria

Kepala tikus yang didakwa dijumpai dalam nasi di kafeteria di China. - Agensi
Kepala tikus yang didakwa dijumpai dalam nasi di kafeteria di China. - Agensi
A
A
A

BEIJING - Satu skandal dikenali sebagai ' Rat Head Gate' menjadi perhatian dalam media sosial China selepas seorang pelajar menemui seakan-akan kepala tikus dalam hidangan di kafeteria mereka.

Bagaimanapun, pihak sekolah menafikannya dan mendakwa ia sebenarnya kepala itik.

Insiden tersebut berlaku pada minggu lalu di kafeteria Kolej Teknikal Vokasional Perdagangan Industri Jiangxi di Nanchang, China.

Kejadian berlaku pada waktu rehat tengah hari apabila seorang pelajar menemui objek seperti kepala tikus dalam mangkuk nasi dan merakam video.

Mereka kemudian berjumpa dengan kakitangan kafeteria dan diberitahu ia bukan kepala tikus tetapi kepala itik.

"Ini tikus. Ia mempunyai gigi yang jelas, tidakkah anda nampak?" kedengaran pelajar itu memberitahu kakitangan kafeteria.

Video tersebut tular di media sosial China, tetapi pihak sekolah menafikannya dan menyatakan ia sebenarnya kepala itik.

Pada 3 Jun, Kolej Teknik Vokasional Jiangxi mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyangkal khabar angin 'kepala tikus' yang mula tersebar di sekitar sekolah dengan menegaskan bahawa ia adalah kepala itik yang kelihatan pelik.

Kemudian, biro penyeliaan makanan turut mengulas mengenai kes itu dan mendakwa ia sememangnya kepala itik. - Agensi