Sila log masuk terlebih dahulu.

'Bak kut teh' makanan tradisi Malaysia?

07 Jun 2023 | VIDEO
A
A
A
BERITA SEMASA 7 JUN 2023

Ahli Parlimen pembangkang dari Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah hari ini mempersoalkan sejak bila 'bak kut teh' tersenarai dalam kategori makanan tradisi Malaysia.

Perkara itu dibangkitkan susulan soalan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai usaha kementerian itu untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh, dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan.

Mempersoalkan perkara itu, Mohd Suhaimi daripada Perikatan Nasional (PN) berkata, berdasarkan semakan 10 makanan tradisional Malaysia, bah kut teh tidak pun tersenarai dalam kategori tersebut.