Mahkamah tolak permohonan reman OCPD

Suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas permohonan reman ke atasnya ditolak pada Rabu.
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas permohonan reman ke atasnya ditolak pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Mahkamah Majistret Kuantan menolak permohonan reman terhadap seorang ketua polis daerah di Pahang yang disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya sejak 2017 hingga 2022.

Keputusan itu dibuat Majistret Tengku Eliana Tuan Kamarulzaman pada Rabu.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 53 tahun ditahan SPRM pada Selasa untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, peguam mewakili suspek, Datuk Bob Arumugam berkata, permohonan reman itu ditolak kerana SPRM sepatutnya menggunakan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 yang memberi kuasa khusus kepada agensi itu semasa siasatan dilakukan.

Beliau berkata, SPRM sebaliknya mengemukakan permohonan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Sementara itu, sumber SPRM berkata, suspek akan dibebaskan dengan bon jaminan SPRM selepas permohonan reman ke atasnya ditolak.