City bukan pasukan pilihan

Kevin De Bruyne - Foto AFP
Kevin De Bruyne - Foto AFP
A
A
A

KEVIN De Bruyne enggan menganggap Manchester City adalah pasukan pilihan untuk menewaskan Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Istanbul pada Ahad.

City ketika ini dalam misi untuk menewaskan pasukan Serie A itu dan menjadi kelab Inggeris pertama memenangi ketiga-tiga trofi utama dalam satu musim selepas Manchester United pada 1999.

Mereka bergerak semakin hampir dengan misi mereka itu selepas menjuarai Piala FA melalui gol Ilkay Gundogan membantu pasukan Pep Guardiola menang 2-1 menentang United di Wembley, Sabtu lalu.

Namun, City tidak mahu terlalu dibayangi dengan peluang mereka untuk menyamai rekod yang telah dilakukan oleh United itu selain menegaskan Inter merupakan pasukan yang sukar untuk ditundukkan.

"Terdapat keyakinan dalam pasukan (menewaskan Inter) tetapi tidak ada gunanya bercakap mengenainya sekarang.

"Saya mahu memenangi Liga Juara-Juara dan saya mahu memenangi treble dan kemenangan ke atas United mencerahkan peluang itu.

"Kami berhak menang. Saya sangat gembira dan sangat bangga. Kami sepatutnya menikmati minggu depan dan semoga kami dapat melakukan yang terbaik.

"Inter adalah pasukan yang sangat bagus. Pusingan akhir adalah 50-50. Mereka juga mempunyai pemain yang hebat dan kami menghormati mereka," katanya.