Jangan sampai Kelantan FC lingkup

Para pemain TRW akan menyingkap saingan pusingan kedua Liga Super minggu ini.
Para pemain TRW akan menyingkap saingan pusingan kedua Liga Super minggu ini.
A
A
A

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham perlu kembali memenangi hati para pemainnya sekiranya mahu melihat kelab pantai timur itu bangkit dalam pusingan kedua Liga Super musim ini.

Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, masalah utama yang membelenggu Kelantan FC ketika ini adalah kehilangan motivasi dalam kalangan pemain selepas berlakunya banyak perkara termasuk soal tunggakan gaji yang melanda kelab itu.

Menurutnya, Zamsaham perlu mengambil pengajaran iaitu lebih bijak dalam menguruskan kelab, menukar pendekatan dan sikap selain mengelakkan masalah besar timbul yang akhirnya akan memberikan kesan kepada pemain.

"Apa yang saya lihat ketika ini, pemain Kelantan FC sudah kehilangan motivasi kerana banyak perkara berlaku dan menyebabkan kelab kalah berturut-turut perlawanan.