Wanita cemas kereta terperangkap banjir

Kenderaan yang dipandu seorang wanita terperangkap di dalam banjir di Klang Central, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, pada Ahad.
Kenderaan yang dipandu seorang wanita terperangkap di dalam banjir di Klang Central, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kenderaan dipandu terperangkap di dalam banjir di Klang Central, Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, di sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.44 pagi.

"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rafizi Taib bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, dilaporkan berlaku limpahan air di lokasi tersebut pada kedalaman kira-kira 1.3 meter.

"Seorang wanita berusia 57 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Aruz telah tersekat di dalam limpahan air tersebut.

"Bagaimanapun, pemandu wanita tersebut berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

"Mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala limpahan air di kawasan tersebut telah surut," katanya.