150 hadiah eksklusif menanti anda!

Lima soalan Jom! Kuiz selama enam hari
Lima soalan Jom! Kuiz selama enam hari
A
A
A

SHAH ALAM - Jom! Kuiz sempena Wacana Sinar Harian Siri ke-400 menyediakan 150 hadiah eksklusif sebagai tanda terima kasih kepada penyokong setia program ini.

Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, bagi siri kali ini, Sinar Harian mengundang orang ramai untuk hadir pada 6 Jun ini, jam 8.30 malam di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf.

“Kita menuju siri wacana ke-400, ia merupakan satu program utama yang dah lama bersiaran dan mendapat tempat di hati pengikut Sinar Harian.

“Bagi siri kali ini, kami membuat keputusan untuk membuat sedikit kelainan dan istimewanya di mana kita ingin menjemput semua pengikut untuk datang beramai-ramai memeriahkan lagi program tersebut pada Selasa depan.

“Kita juga membawa satu lagi kelainan yang belum lagi dibuat sepanjang bersiaran. Pihak kami akan menganjurkan satu kuiz sebagai tanda terima kasih kepada semua penyokong tegar dan setia bersama program wacana sehingga episod ke-400 ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan program Wacana Sinar Harian Siri ke-400 pada 6 Jun ini dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan program Wacana Sinar Harian Siri ke-400 pada 6 Jun ini dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

Tambah Nik Justin, orang ramai boleh menyertai kuiz tersebut bermula pada 1 hingga 6 Jun ini dengan hanya menjawab lima soalan mudah di akhabar Sinar Harian.

“Mereka perlu mengumpul keratan akhbar selama enam hari itu, kemudian bawa dan serahkan sewaktu siaran program berlangsung pada Selasa depan.

“Selepas menyerahkan borang tersebut, calon yang menyertainya berpeluang memenangi hadiah eksklusif Sinar Harian,” ujarnya.

Jelasnya, tiga hadiah khas daripada 150 hadiah eksklusif berkenaan akan diberikan kepada tiga pengunjung pertama.

Menurut Nik Justin, program turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada penyanyi, Aris Ariwatan.

“Bukan itu sahaja, kita juga menampilkan empat tokoh politik iaitu Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Nor Azrina Surip dan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Pusat, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang membincangkan tajuk 'PRN: Siapa patut rakyat pilih' yang dikendalikan hos, Ismail Adnan.

“Justeru, saya menjemput semua peminat-peminat Wacana Sinar Harian untuk bersama-sama hadir ke siaran langsung yang diadakan jam 8.30 malam pada 6 Jun ini,” katanya lagi.