Sila log masuk terlebih dahulu.

Dakwaan banding dengan Tun M niat jahat - PM

A
A
A
BERITA SEMASA 31 MEI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, kenyataan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim berhubung kenyataan fitnah menerusi artikel bertajuk ‘MP Pas: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir’ itu berniat jahat.

Menerusi jawapan kepada pembelaan yang difailkannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Pengerusi Pakatan Harapan berkata, tindakan Awang mengungkap istilah zalim dan membuat perbandingan dirinya dengan Tun Dr Mahathir jelas menunjukkan kenyataan fitnah.

Menurut Anwar, Awang selaku defendan tidak wajar untuk merujuknya dengan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kerana ia bukan relevan, logik atau boleh dipertahankan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #PMX #Saman #TunM #Pas