Fokus satu demi satu perlawanan

Lailin bersama pemain-pemain skuad hoki remaja wanita negara yang menggalas cabaran Malaysia pada Piala Remaja Asia 2023.
Lailin bersama pemain-pemain skuad hoki remaja wanita negara yang menggalas cabaran Malaysia pada Piala Remaja Asia 2023.
A
A
A

ENAM tonggak senior menjadi taruhan dalam kalangan 20 pemain skuad hoki remaja wanita negara apabila menyingkap saingan Piala Remaja Asia 2023.

Lima daripada enam pemain itu merupakan pemain skuad yang memenangi pingat emas Sukan SEA Kemboja 2023 Kemboja baru-baru ini.

Sebagai rekod, kejuaraan akan berlangsung di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries, Kakamigahara Gifu, Jepun dari 2 hingga 11 Jun

Kejohanan ini juga akan menjadi pentas kepada 10 pasukan remaja wanita Asia merebut tiket ke Piala Dunia Remaja Chile.

Piala Remaja Asia juga perlawanan kelayakan Piala Dunia Remaja dengan tiga slot bagi benua Asia menjadi rebutan

Young Tigress diundi dalam Kumpulan A bersama India, Korea, Taiwan serta Uzbekistan.

Kumpulan B menampilkan Jepun, China, Hong Kong China, Indonesia dan Kazakhstan.

“Perlawanan pertama kami akan bertemu Taiwan diikuti India yang merupakan pasukan terkuat pada kejohanan ini, seterusnya Uzbekistan dan Korea Selatan pada perlawanan terakhir.

“Kami akan mengambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan cuba mengutip mata pada pertemuan dengan Taiwan serta Uzbekistan.

“Pertemuan dengan Korea Selatan akan menjadi penentuan untuk kami mencapai sasaran layak ke separuh akhir sebelum cuba untuk muncul selaku tiga pasukan terbaik kejohanan dan seterusnya layak ke Piala Dunia Remaja Chile 2023,” kata pengendali skuad hoki remaja wanita negara, Lailin Abu Hassan.


PIALA REMAJA ASIA 2023

JUMAAT 2 JUN

Malaysia lwn Taiwan, 11 pagi

ISNIN 5 JUN

Malaysia lwn India, 11 pagi

SELASA 6 JUN

Malaysia lwn Uzbekistan, 11 pagi

KHAMIS 8 JUN

Malaysia lwn Korea Selatan, 1 petang