Sila log masuk terlebih dahulu.

Tabah sara lapan anak, selepas kematian suami

A
A
A

BERITA SEMASA 30 MEI 2023

Lapan beradik termasuk enam yang masih bersekolah menjadi yatim sekelip mata selepas bapa mereka meninggal dunia pada minggu lalu akibat masalah jantung, lapor Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Pemergian Allahyarham Khairul Azlizam Mohamed@Mohamed Daud turut meninggalkan seorang isteri Siti Suryati Sani dan enam anak berusia 15 tahun hingga 10 bulan.

Siti Suryati yang merupakan suri rumah berkata, kesihatan suaminya yang bekerja sebagai paramedik (offshore) mula terjejas pada Januari lalu akibat jantung tersumbat, hingga tidak mampu lagi bekerja seperti biasa.

Menurutnya, dalam tempoh empat bulan kehidupan mereka sekeluarga berubah, malah anak keduanya berusia 13 tahun yang sebelum ini belajar di sebuah pondok tahfiz terpaksa menangguhkan pengajian untuk membantu menjaga bapa mereka yang tidak sihat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/260894/edisi/melaka-ns/tabah-sara-lapan-anak-selepas-kematian-suami

Muzik: Sad Day dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.