Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat menjadi RM46.61 bilion daripada RM42.17 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam berkurangan kepada RM20.99 bilion daripada RM26.83 bilion sebelumnya.

Terdahulu, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Selain itu, BNM telah menyemak tender semalaman konvensional kepada RM45.6 bilion daripada RM44.7 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM45.6 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM21.0 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah pada 2.96 peratus pada 26 Mei 2023. - Bernama