Meterai kontrak bernilai RM10.1 bilion

A
A
A

Antara wakil syarikat yang terlibat di dalam perjanjian menandatangani dokumen kontrak yang merupakan salah satu usaha menjalin kerjasama dengan Kementerian Pertahanan demi memastikan pertahanan dan kesiapsiagaan ATM berada di tahap optimum.

LANGKAWI - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan menyaksikan majlis menandatangani dokumen kontrak, Memorandum Persefahaman (MOU), Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Niat oleh Kementerian Pertahanan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) pada Khamis.

Sejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 billion yang terdiri daripada 20 Dokumen Kontrak, 21 SST dan dua Surat Niat telah dimuktamadkan pada majlis terbabit.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz mewakili kerajaan Malaysia bagi menandatangani perjanjian tersebut.

Majlis berkenaan turut disaksikan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Melalui dokumen kontrak terbabit, Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima empat buah Helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang berfungsi sebagai platform kepada Tim Nukleus bagi tujuan latihan dan tugasan penerbangan operasi melalui sewaan daripada Aerotree Defence & Services Sdn Bhd.

Lebih canggih

Sebanyak 18 unit FA-50 Fighter-Lead-InTrainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) yang akan diperolehi TUDM daripada Korea Aerospace Industries, Ltd. (KAI).
Sebanyak 18 unit FA-50 Fighter-Lead-InTrainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) yang akan diperolehi TUDM daripada Korea Aerospace Industries, Ltd. (KAI).

Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah meluluskan perolehan Littoral Mission Ships (LMS) siri ke-2 bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan dilengkapi dengan sistem persenjataan yang lebih canggih sebagai pelengkap kepada empat buah LMS sedia ada di Armada Timur.

Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), perolehan yang sedang berlangsung adalah melibatkan 18 unit FA-50 Fighter-Lead-In-Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) yang akan diperolehi daripada Korea Aerospace Industries, Ltd. (KAI).

Selain itu, TUDM juga akan memperolehi tiga unit Unmanned Aerial System (UAS) and Associated Support Category Medium Altitude Long Endurance

(MALE) Fasa 1 daripada Turkish Aerospace Industries dan dua unit Maritime Patrol Aircraft (MPA) Fasa 1 dan Associated Equipments dari Leonardo S.P.A.

Antara wakil syarikat yang terlibat di dalam perjanjian menandatangani dokumen kontrak yang merupakan salah satu usaha menjalin kerjasama dengan Kementerian Pertahanan demi memastikan pertahanan dan kesiapsiagaan ATM berada di tahap optimum.
Antara wakil syarikat yang terlibat di dalam perjanjian menandatangani dokumen kontrak yang merupakan salah satu usaha menjalin kerjasama dengan Kementerian Pertahanan demi memastikan pertahanan dan kesiapsiagaan ATM berada di tahap optimum.

Sebagai tambahan, Kementerian Pertahanan kini dalam perancangan untuk memperolehi lebih banyak aset pertahanan di bawah Rancangan Malaysia seterusnya.

Walaupun negara masih berdepan dengan impak ekonomi ekoran pandemik serta perlu berhadapan dengan bajet yang telah diperuntukkan oleh kerajaan, Kementerian Pertahanan dan ATM tetap komited untuk saling bekerjasama demi memastikan pertahanan dan kesiapsiagaan berada di tahap optimum.

Sementara itu, dalam majlis sama turut berlangsung majlis menandatangani lapan memorandum persefahaman di antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama pemegang taruh.

Majlis menandatangani dokumen kontrak, memorandum persefahaman (MoU), Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Niat antara Kementerian Pertahanan yang disaksikan oleh Mohamad ( lima dari kanan) serta delegasi.

Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah mewakili UPNM bagi upacara tersebut dengan disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausaha Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.